Isnin, 22 September 2014

Macam2 ado

Mata Hati Jiwa Hari ini baru belajar buat blog. ;) secara rasmi...

Khamis, 26 April 2012

Fitnah Vs Kebenaran.

Sudah hampir setahun jari jemari ini tidak menaip disini.. macam-macam sudah berlaku sejak setahun yang lalu.. Namun pergolakan atmosfera PRU13 makin terasa.. Persoalan yang timbul apabila menjelangnya PRU13 adakah berita-berita diblog2 ini sekadar fitnah semata-mata atau kebenaran... Adakah semua orang akan menyiasat segala maklumat yang diterima terutama yang menyebelahi pihaknya??? Pengundi pada masa kini dikatakan pengundi yang bijak..namun saya percaya masih terdapat golongan yang mudah terpedaya dengan dakyah atau fitnah.. berbaloikah si pembuat fitnah itu membuat fitnah?? Jika fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh tidak dihiraukan bagai mana kita boleh mengatakan pengundi sekarang sudah bijak kerana pemfitnah itu juga pengundi... Sekarang dunia yang dipenuhi dengan kecangihan..semua maklumat berada dihujung jari dan ditelapak tangan.. tapi adakah kita benar2 menggunakan kemudahan yang ada untuk mencari kebenaran.. Sanggupkah kita menerima kebenaran jika kebenaran itu tidak menyebelahi pihak kita.. EGO..sifat semula jadi..yang lahir untuk memenuhi keperluan hidup manusia..namun sayang tidak ramai yang mampu mengawal EGO masing2.. Demi EGO kebenaran bukan lagi pilihan.. Demi EGO fitnah menjadi panduan... Bukalah Mata Hati dan Jiwa anda untuk mengawal EGO demi satu kebenaran...

Rabu, 11 Mei 2011

21 DaLiL wajib tinggalkan PAS !!!!!!!!!!!

Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Selasa, 5 April 2011

Kenapa KAMI Tinggalkan PAS ??

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS:

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-

Jumaat, 5 November 2010

Galas Batu Sapi

Tahniah atas kejayaan BN dalam pilihanraya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi..

Tunaikan segala janji..berbaktilah dengan penuh iltizam...balas segala kepercayaan diberi dengan segala keringat yang ada...

PRU13 adalah perjuangan sebenar..namun kemenangan ini merupakan satu tiupan kepercayaan rakyat pada BN...

Rapatkan Barisan teruskan perjuangan...

Isnin, 19 April 2010

LAGI GENG PKR KELUAR PARTI !!!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Isnin, 15 Februari 2010

Awat Yang Depa Kalut...siri II

Tetiba suara sumbang lagi biol kedengaran dari negara luar supaya tuduhan pada si AnUar digugurkan...awat yang depa kalut? nih geng xdak akal ka? aishh tgk cam pandai2 belaka..kenapa beriya-iya sgt nak "bela"si AnUar nih??

Adakah takut si tali barut nih terbelit dan xbleh lagi mengkhianati negaranya.....huishhhhh seribu persoalan akan timbul.. nak berburuk sangka xbleh..tapi nampak sangat perangai buruk geng2 yang dok kalut nak selamatkan si AnUar tu..

macam-macam ada dalam pakatan rakyat sekarang..kalah astro oooooo... xbleh "berarak " maulidulrasul tapi boleh jual "arak"... "Dedahkan" maklumat sebelum perbicaraan bermula..bila dah mula "sembunyikan" semua maklumat...kedai judi xder lesen "ok"...kedai makan xder lesen "ko"....kasi orang pening saja..

hurmmm..bila dah manusia tidak lagi menggunakan mata hati jiwa utuk melihat sesuatu..biar seburuk mana pun dan sejahat mana pun dia akan tetap akan setia dalam erti kata membuta tuli.

Sabtu, 13 Februari 2010

Ahad, 7 Februari 2010

Awat Yang Depa Kalut...

Kes anwar ibrahim kian panas di makamah... pendedahan2 saiful buat penyokong2 anwar tak keruan lagi..maka sekonyong-konyonglah puak blogger pro anwar menaburkan cerita itu fitnah belaka...tidak syak lagi ini semua dianggap angkara puak Umno untuk menjatuhkan anwar..

Namun mereka perlu sedar anwar itu manusia biasa yang punyai nafsu untuk dipuaskan... bagaikan mimpi ngeri bagi semua pengikut anwar lepas ini jika makamah menjdapati anwar bersalah. Hancur musnahlah hero yang mereka puja..atau mereka tetap akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi..kesian.

Bulan mengambang kini cuba bertaut pada keris keramat..kata orang ada udang di sebalik mee atas undangan yang di hulurkan oleh N.Ajis tu..aishhh jangan la macam tu...biar la apa orang kata..kita tak boleh berpasangka buruk..tapi memang dah tau dari panglaman lepas depa nih macam cuaca kata DS.Najib.so wait and see je lah...

sebelum terlupa nak ucapkan tahniah pada semua pengundi Pakatan Rakyat yang bumiputera kerana telah berjaya melingkupkan perniagaan semua peniaga2 kecil melayu di pulau pinang.. sudah la susah nak mencari sesuap nasi..kini nasib mereka sangat menderita di pulau pinang. PKR di anggap sampah saja di sana..

kes khalid gagap lagi satu hal menghalang pendidikan untuk anak bangsa demi kuasa politik yang ada padanya..kita sebagai rakyat harus menilai ini semua...

jangan hanya menyokong membabi buta.. Lihatlah dengan Mata Hati dan Jiwa...

Selasa, 14 Julai 2009

PAS NYAWA IKAN

HASRAT PAS UNTUK MENANG DI MANIK URAI DENGAN LEBIH 2000 MAJORITI TIDAK KESAMPAIAN..MALAH HANYA MENANG DENGAN MAJORITI 65 UNDI...

JANGKAAN PENGUNDI YANG BALIK MENGUNDI AKAN MEMBERI KELEBIHAN UNDI KEPADA PAS NYATA MELESET..

WALAUPUN BN TEWAS, NAMUN INI MERUPAKAN KEMENANGAN MORAL, KERANA DAPAT MENGURANGKAN MAJORITI KEMENANGAN PAS..

GELOMBANG PERUBAHAN YANG BERLAKU INI HARUS DIPANDANG POSITIF KERANA RAMAI YANG TELAH MEMBUKA MATA UNTUK MENERIMA KEMBALI UMNO BN DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG INI..

AYUH UMNO TERUSKAN GEMPUR DAKYAH2 DARI PEMBANGKANG...

Rabu, 8 Julai 2009

Manoharan si Kaduk Naik Junjung "Nak Status Bumiputera"

Manoharan tuntut bukan melayu diberi status bumiputera
08/07/2009 1:32pm

SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.

Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. -

Sumber : Bernama

Komen Penulis...

Yang pertama memang bengong betui la si pariah nih... sesuka hati mak bapak dia ja nak status bumiputera.. Nak cabar jugak tuh Perlembagaan Negara...

Memang bangsa tak sedar diri betui.. Apa lagi geng2 pakatan rakyat berilah sokongan sepenuhnya pada Menatang Pariah nih..

Penulis percaya geng2 PR pasti tidak akan berani menghentam si Pariah mabuk todi nih.. Tak caya jom kita lawat laman2 blog mereka....Dasar pondan belaka geng2 pencacai PR nih..

Khamis, 18 Jun 2009

KEEGOAN NIK AZIZ SI ULAMAK PAS

Murshidul am Pas dianggap ulamak...namun begitu KERAJAAN PERPADUAN yang cuba ditubuhkan ditentang sekeras-kerasnya tanpa sebarang usul periksa..

Lihatlah begitu angkuh dan sombongnya sikap Nik Aziz dengan serta merta mahu timbalan presidennya meletak jawatan dan menganggap timbalan presiden sebagai SAMPAH dalam Pas.

Keegoaannya bukan sahaja menjadi penghalang kepada penyatuan yang didambakkan oleh semua lapisan masyarakat malah menjadi senjata pemusnah kepada generasi yang akan datang..

Umno sebagai peneraju Kerajaan Barisan Nasional begitu merendah diri dalam hal ini dengan hati terbuka menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengambil langkah untuk bertemu bagi mengadakan perbincangan.

Tindakkan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin yang memberi reaksi positif telah membuatkan si Nik Azik naik angin malah tanpa berselindung menghalau Nasharuddin dari Pas... Adakah ini satu tindakkan yang bijak???

Tentangan keras oleh Nik Aziz ini dilihat sebagai mengikut telunjuk si Anwar untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan BN. Adakah ini ciri ulamak yang disanjung tinggi oleh pengikut-pengikut Pas????

PKR dan DAP lahanat sedar jika Pas bekerjasama dengan BN maka hancurlah harapan mereka untuk berkuasa. Pas merupakan pengaruh terbesar dalam pembangkang untuk meraih undi orang melayu..

Sudah pasti sekarang team2 edorgan dalam Pas sedang berusaha keras menghasut Nik Aziz untuk tidak bersetuju.. Adakah bodoh sangat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melontarkan pandangan agar diwujudkan kerajaan perpaduan yang sudah pasti dia sedar tentangan yang akan diterimanya..

Mungkin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar akan ancaman terhadap masa depan orang Melayu Islam jika terus bergelumang dengan PR yang tiada hala tujunya serta tidak memihak kepada Orang Melayu Islam..

Bukalah mata hati dan jiwa kita untuk menilai semua ini... Jangan kita terlalu taksub dengan Nik Aziz yang begitu jelas tidak rasional di dalam hal ini....Perpaduan Umah tuntutan Wajib bagi kita untuk mengusahakannya..

Jangan biar Setan Keegoan menyelubungi hidup anda...........

Isnin, 18 Mei 2009

Selamat Hari Guru "Terima Kasih Cikgu"

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Khamis, 23 April 2009

GENDANG POLITIK SAKA

PELBAGAI ANDAIAN TELAH DIBUAT BERKAITAN DENGAN PERLETAKAN JAWATAN OLEH SI FAIRUS DARI PAKATAN REPUT...
BAGI SI ANWAR INILAH PELUANG MENUNJUKKAN BARISAN NASIONAL TIDAK BERUPAYA UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA KECIL..

DARI SUDUT PANDANG MEREKA YANG MUDAH TERPEDAYA PASTI INI MENJADI SATU RANSANGAN UNTUK MEREKA TERUS MENYERTAI PAKATAN REPUT..

SAKA YANG DIBELA OLEH ANWAR TIDAK MUDAH UNTUK BARISAN NASIONAL TUMPASKAN... DAP YANG MERUPAKAN KEPALA SAKA DAN TEAM EDORGAN DALAM PAS MENJADI BADAN SAKA YANG SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI MEMASTIKAN KEMENANGAN MILIK PAKATAN REPUT...

BARISAN NASIONAL KINI YANG DIKETUAI OLEH DS.NAJIB TELAH MULA MENGORAK LANGKAH DENGAN BERGAYA APABILA PELBAGAI PEMBAHARUAN DIJALANKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT MAHERAN...

SLOGAN 1MALAYSIA BUKAN OMONGAN KOSONG TAPI DI BUKTIKAN DENGAN PERLAKSANAAN.. SETELAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN RAKYAT JELATA HIDUP DENGAN LEBIH SELESA ADAKAH KITA AKAN TERUS BUTAKAN MATA HATI JIWA KITA UNTUK MENILAI KEBAIKKAN DALAM KERAJAAN BARISAN NASIONAL???


TAPI YANG PASTI SELAGI SAKA-SAKA FITNAH BELAAN ANWAR TERUS LIGAT MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT TIDAK KIRA SEBAIK MANA SEKALIPUN KERAJAN UMNO BN TETAP AKAN DIPANDANG SERONG OLEH FANATIK2 PENYOKONG PR...

AYUHLAH RAKAN2 BPN KITA TERUSKAN USAHA UNTUK MEMERANGI SEMUA SAKA-SAKA BELAAN ANWAR AGAR RAKYAT TIDAK TERTIPU LAGI...

WALAUPUN KERJA KITA SEMUA TIDAK DIBAYAR WALAUPUN SESEN NAMUN TANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN MALAYSIA PERLU KITA JALANKAN MALAH TIDAK DAPAT DINILAI OLEH WANG RINGGIT...

Khamis, 2 April 2009

TIPU DAYA PILIHANRAYA

DETIK KEMUNCAK PILIHAN RAYA DI 3 PRK KIAN MEMUNCAK...

PAKATAN RAKYAT @ PAKATAN REPUT MASIH DENGAN TAKTIK YANG SAMA DENGAN MENDENDANGKAN LAGU2 BERIRAMA KEPALSUAN BERLIRIKKAN FITNAH YANG TIADA KESUDAHAN....

SUDAH RAMAI YANG KENA NAMUN YANG BARU TETAP NAK MENYOKONG LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA.....

PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN BLOG2 PRO KERAJAAN KINI TELAH MEMATAHKAN SENJATA YANG DI ANGGAP AMPUH OLEH SI ANWAR AND THE GENG SEBELUM INI UNTUK MERACUNI MINDA RAKYAT DENGAN PELBAGAI TIPU DAYA, HINGGAKAN YANG CERDIK PANDAI PUN SUDAH SEPERTI L*MBU DICUCUK TALI...

PADA PARA PENGUNDI BUATLAH PILIHAN DENGAN BIJAK, SELIDIK DAHULU SEGALA KATA2 DARI KEDUA2 PIHAK..JANGANLAH DIBIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PUAK2 PAKATAN REPUT...

KITA BUKAN MEWARISI KEAMANAN HARI INI DARI IBU BAPA KITA TAPI KITA MEMINJAMNYA DARI ANAK2 KITA, SANGUPKAH KITA MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK2 KITA DENGAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT YANG JELAS DAN NYATA HANYA MEMENTINGKAN KUASA??????????????????

FIKIRLAH DENGAN MATA HATI DAN JIWA

Rabu, 25 Mac 2009

GELORA MINDA

Gelora politik bagaikan tiada apa yang mampu menghalanginya kini, di mana sahaja kedengaran dan dapat dilihat kelibat2 omongan politik..

Pemilihan UMNO yang sedang berjalan di PWTC bagaikan penentu titik tolak perubahan pada penyatuan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...

Para cendiakiawan negara menganggap inilah masa terbaik untuk perwakilan membersihkan pemimpin2 UMNO yang "sakit" dengan gejala rasuah yang membelenggu parti ini sekian lama..@ perwakilan sendiri akan meneruskan delegasi sistem makan suap ini????

Pihak pembangkang pula tidak habis dengan retorik-retorik politik yang kian dilihat memakan diri.. Setiap bait-bait kata tidak lekang dengan tomahan semata-mata..

Haruskah kita membiarkan gelora ini megumpan taufan melanda tanah air yang tercinta??? Masa depan anak cucu kita dimasa depan bergantung pada kewarasan setiap akal yang ada pada masa kini....

Jika nenek moyang kita dulu mampu menyediakan negara yang aman seperti yang sedia ada mengapa tidak kita juga mewariskan negara ini pada generasi akan datang dengan lebih sempurna????

Fikirlah dengan Mata Hati dan Jiwa yang tenang demi kebaikkan semua.....

Khamis, 5 Mac 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini


Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini
#fullpost{display:inline;}

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia

1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia

2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri

3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.

4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian

5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm

Ahad, 22 Februari 2009

ISLAM KAH PAS???

TAKBIR...TAKBIR..TAKBIR...
Seringkali kita dengar laungan Suci bergema..tapi apakah tujuan takbir itu dilaungkan oleh pengikut-pengikut fanatik PAS nie?Untuk mencerminkan Pas itu Islam?
Adakah untuk meyakinkan bahawa Pas berjuang untuk agama Islam.. Islamkah Pas jika fitnah saja yang terhambur keluar dari mulut UlaRmak mereka. Islamkah Pas jika pemimpinya sendiri sering memihak kepada DAP yang 200% menentang Islam..

Islamkah Pas sehingga dulu sanggup mengkafirkan orang UMNO? Di mana dalil mengatakan Umno itu kafir??? Kalau begitu habislah tok-tok guru saya di kampung dimana kebanyakkan mereka orang UMNO..masyaAllah..itu kisah dulu, ingatkan sekarang dah berubah rupa-rupanya tidak..makin jelas bahawa Parti PAS bukanlah Parti yang berlandaskan Islam..dan Islam yang sebenar sangat JAUH dari PARTI PAS..

Jika sebarang kejahatan terpalit kepada PAS and the geng PR.. Tok Guruh Pas mula lah membuat statmen yang benda tu semua boleh..ok saja..tidak ada salahnya..Islamkah Pas yang begitu? Lidah rasmi Pas pula tidak habis-habis memburukkan pemerintahan BN semuanya tidak kena.. Berwajah Islamkah Pas jika memburuk-burukkan pihak lain? Adakah Islam ada double standard macam parti PAS..?

Islamkah Pas jika menentang kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara (dalam perlembagaan),membina ekonomi Islam(Bank berunsurkan Islam), menubuhkan pusat pengajian Islam(UIA), Membina madrasah-madrasah untuk SAR(Bantuan Kerajaan) dan banyak lagi kalau nak disenaraikan berjela-jela.. Adakah Islam mahukan umatnya menentang kebaikkan dan menyokong kafirharbi seperti DAP??

Jika kita melihat dengan mata hati dan jiwa pasti kita sedar Pas hanya mendakwa Parti mereka adalah berlandaskan Islam tetapi hakikatnya sekarang perjuangan Pas bukanlah lagi berlandaskan Islam..tetapi nafsu untuk berkuasa..

Kata tok guru Pas kita boleh bersatu dengan siapa saja untuk kebaikkan..tetapi bagi penulis jika syaitan yang kita pilih maka nescaya jalan keNERAKAlah yang dipilihnya..kerana itu janjinya untuk keturunan Adam..

Khamis, 19 Februari 2009

DuNgU Yang Tiada UbAtNya

Ada yang menganggap senario PR di Perak macam rancangan Raja Lawak.. ada yang derhaka kepada Sultan, malahan tak kurang fitnah dan tipu muslihat oleh PR demi satu hasrat untuk terus berkuasa..

Sekarang kecoh pula si speaker yang kurang cerdik serta cetek ilmu tipu muslihatnya cuba mengatasi kuasa sultan.. bak kata pepatah kalau akal setahap dengan lembu jangan kancil hendak ditipu.. Pelbagai usaha dirancang semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Umno Bn..betullah kalau si speaker ni masuk rancangan Raja Lawak sudah pasti menjadi Raja Lawak Bodoh...

Dikala kerajaan BN sibuk untuk memulihkan Malaysia kesan dari krisis ekonomi melanda dunia pihak PR pula tak habis-habis mengwujudkan situasi ketidaktentuan politik.. Mereka langsung tidak memikirkan kesan yang akan dihadapi rakyat mahean, yang penting tembolok mereka saja perlu di isi.. Adilkah semua ini untuk rakyat jelata?

Lebih kurang 80 ribu pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh Malaysia, ditambah dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh PR tidak mustahil ramai pelabur akan menutup operasi mereka di negar kita kerana ketidak stabilan politik yang PR wujudkan..Tidakkah ini satu tindakkan yang langsung tidak memikirkan nasib rakyat..Penyokong-penyokong tegar PR pula tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka adalah kalangan manusia tidak berguna belaka..

Memang ada kalangan pemimpin BN pun tidak melakukan tanggungjawab dengan sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah s.w.t dan para pemimpin BN lebih banyak yang baik dari yang buruk dan ianya tidaklah seteruk pemimpin-pemimpin PR yang langsung tidak berguna, yang hanya gila kuasa dan penuh dengan ciri-ciri munafik seperti kata salah seorang ahli parlimen bebas dari Kelantan..

Bukalah minda lihatlah dengan mata hati dan jiwa.....

Rabu, 11 Februari 2009

Adakah Fitnah Tidak Berdosa??????

Setelah sekian lama kita hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.. Hendak cari duit..ada dimana-mana asalkan rajin berusaha, mahu beramal ibadat tiada siapa akan menganggu, ingin bercuti? pergilah kemana saja asalkan berkemampuan..
Tetapi mengapa ini semua tidak cukup bagi kita? mengapa perlu ada rusuhan, kalau ketidakpuasan hati menjadi alasan, adakah kita masih belum bertamadun? Mengapa kita perlu turuti telunjuk manusia yang inginkan ketidak stabilan politik di dalam negara yang kita cintai ini. Tidak kira siapa pun yang memerintah pasti ada yang tidak berpuas hati. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Fitnah yang terang-terang membawa keburukkan kepada tamadun dunia tetap diamalkan. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan fitnah ada di antaranya berstatus tinggi dalam pengetahuan agama turut sama terlibat.
Tidak takutkah mereka semua ini dengan balasan yang Allah telah janjikan? Adakah hanya ingin memerintah di dunia sementara ini semua itu tidak perlu dipertimbangkan? Begitu banyak persoalan yang timbul dek kerakusan makhluk bernama manusia.
Pas yang dikata memperjuangkan Islam seolah-olah menghalalkan segala fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasminya Harakah, setiap kali membaca lidah rasmi Pas pasti ada saja berita panas yang tidak masuk akal. Begitu banyak hipotesis dan inferens tanpa penyelidikkan dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah selagi ianya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Siapakah yang akan bertanggungjawap terhadap segala fitnah yang ditaburkan, pasti ada. Yang amat mendukacitakan siapa yang begitu gemar membacanya dan mempercayainya? Lantas mengwujudkan perasangka buruk yang tiada titik noktahnya. Adakah ini yang kita mahukan dalam kehidupan kita?

Lihatlah dengan Mata,Hati dan Jiwa,
jangan biarkan emosi mengawal minda.
salam perpaduan buat semua,
Semoga kita dirahmati oleh Yang Maha Esa.