Rabu, 23 April 2008

Jangan Jadi Bangau Oh Bangau

Mata Hati Jiwa
BILA DITILIK DAN DIRENUNGKAN, POLITIK KITA HARI INI X UBAH SEPERTI LAGU Bangau Oh Bangau..
Kenapa ya?
Dimana salahnya?
Dimana Silapnya?Dimana kurangya?
Adakah akal2 orang politik tiada yang lain dari atas dasar keuntungan belaka?
Adakah hanya rakyat bawahan yang menjadi mangsa, kerana pemimpin di atas telah lama kaya raya?
Adakah selama ini pemimpin-peminpin yang ada tidak cukup beribawa sehingga rakyat memberontak sedemikan rupa?
Pasti ada yang tidak kena.. pemimpin2 atasan yang korupsi harus kita tentang habis-habisan..
pemilihan UMNO yg berlangsung dilihat dicemari dgn kes rasuah@politik wang..
seharusnya pemimpin yang terlibat harus disingkir dari parti umno bagi memberi pengajaran pada yang lain..
berani kerana benar...
Atau ada yang bergembira dengan perpecahan yang berlaku

Sabtu, 19 April 2008

mata hati dan jiwa politik kita

Segenap lapisan masyarakat akan berbicara dan terus berbicara tentang politik di negara ini,
Namun berapa keratkah diantara insan-insan ini melihat sesuatu perkara itu dengan mata hati dan jiwa....
Baik di pihak yang dah memerintah 50 tahun, mahu pun barisan pakatan rakyat, dilihat secara kasar semua pihak hendak melakukkan perkara yang terbaik untuk rakyat negara bertuah ini.
tapi bila diperhalusi semua pihak ada kepentingan tersendiri.
Pemimpin kita pada hari ini bukanlah setaraf kalifah pada masa lalu, jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Kalaulah anda seorang menteri yang berkuasa, pasti yang pertama anda lakukan adalah membela mereka yang terdekat dengan anda terlebih dahulu=adik beradik-sepupu sepapat-tok nek-sedara mara dan yang berkaitan dengan anda..
begitulah yang berlaku di arena politik kita pada zaman penghujung hayat dunia ini.

Kita sebagai manusia sering kali suka kepada yang berbuat baik pada kita, tiada sekerat insan pun yang suka orang berbuat jahat pada kita...
Lazimnya masyarakat kita sering membuat kenyataan yang sensasi dan berbaur fitnah, tidak ramai yang suka kepada kenyataan yang berbentuk ilmiah.. kenapa ya?

Pernahkah @ seringkah kita guna mata hati dan jiwa?