Rabu, 25 Mac 2009

GELORA MINDA

Gelora politik bagaikan tiada apa yang mampu menghalanginya kini, di mana sahaja kedengaran dan dapat dilihat kelibat2 omongan politik..

Pemilihan UMNO yang sedang berjalan di PWTC bagaikan penentu titik tolak perubahan pada penyatuan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...

Para cendiakiawan negara menganggap inilah masa terbaik untuk perwakilan membersihkan pemimpin2 UMNO yang "sakit" dengan gejala rasuah yang membelenggu parti ini sekian lama..@ perwakilan sendiri akan meneruskan delegasi sistem makan suap ini????

Pihak pembangkang pula tidak habis dengan retorik-retorik politik yang kian dilihat memakan diri.. Setiap bait-bait kata tidak lekang dengan tomahan semata-mata..

Haruskah kita membiarkan gelora ini megumpan taufan melanda tanah air yang tercinta??? Masa depan anak cucu kita dimasa depan bergantung pada kewarasan setiap akal yang ada pada masa kini....

Jika nenek moyang kita dulu mampu menyediakan negara yang aman seperti yang sedia ada mengapa tidak kita juga mewariskan negara ini pada generasi akan datang dengan lebih sempurna????

Fikirlah dengan Mata Hati dan Jiwa yang tenang demi kebaikkan semua.....

Khamis, 5 Mac 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini


Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini
#fullpost{display:inline;}

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia

1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia

2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri

3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.

4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian

5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm