Setelah sekian lama kita hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.. Hendak cari duit..ada dimana-mana asalkan rajin berusaha, mahu beramal ibadat tiada siapa akan menganggu, ingin bercuti? pergilah kemana saja asalkan berkemampuan..
Tetapi mengapa ini semua tidak cukup bagi kita? mengapa perlu ada rusuhan, kalau ketidakpuasan hati menjadi alasan, adakah kita masih belum bertamadun? Mengapa kita perlu turuti telunjuk manusia yang inginkan ketidak stabilan politik di dalam negara yang kita cintai ini. Tidak kira siapa pun yang memerintah pasti ada yang tidak berpuas hati. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Fitnah yang terang-terang membawa keburukkan kepada tamadun dunia tetap diamalkan. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan fitnah ada di antaranya berstatus tinggi dalam pengetahuan agama turut sama terlibat.
Tidak takutkah mereka semua ini dengan balasan yang Allah telah janjikan? Adakah hanya ingin memerintah di dunia sementara ini semua itu tidak perlu dipertimbangkan? Begitu banyak persoalan yang timbul dek kerakusan makhluk bernama manusia.
Pas yang dikata memperjuangkan Islam seolah-olah menghalalkan segala fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasminya Harakah, setiap kali membaca lidah rasmi Pas pasti ada saja berita panas yang tidak masuk akal. Begitu banyak hipotesis dan inferens tanpa penyelidikkan dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah selagi ianya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Siapakah yang akan bertanggungjawap terhadap segala fitnah yang ditaburkan, pasti ada. Yang amat mendukacitakan siapa yang begitu gemar membacanya dan mempercayainya? Lantas mengwujudkan perasangka buruk yang tiada titik noktahnya. Adakah ini yang kita mahukan dalam kehidupan kita?
Lihatlah dengan Mata,Hati dan Jiwa,
jangan biarkan emosi mengawal minda.
salam perpaduan buat semua,
Semoga kita dirahmati oleh Yang Maha Esa.
BN menang di Batang Air dengan majoriti 1,854 undi
15 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan