Ahad, 22 Februari 2009

ISLAM KAH PAS???

TAKBIR...TAKBIR..TAKBIR...
Seringkali kita dengar laungan Suci bergema..tapi apakah tujuan takbir itu dilaungkan oleh pengikut-pengikut fanatik PAS nie?Untuk mencerminkan Pas itu Islam?
Adakah untuk meyakinkan bahawa Pas berjuang untuk agama Islam.. Islamkah Pas jika fitnah saja yang terhambur keluar dari mulut UlaRmak mereka. Islamkah Pas jika pemimpinya sendiri sering memihak kepada DAP yang 200% menentang Islam..

Islamkah Pas sehingga dulu sanggup mengkafirkan orang UMNO? Di mana dalil mengatakan Umno itu kafir??? Kalau begitu habislah tok-tok guru saya di kampung dimana kebanyakkan mereka orang UMNO..masyaAllah..itu kisah dulu, ingatkan sekarang dah berubah rupa-rupanya tidak..makin jelas bahawa Parti PAS bukanlah Parti yang berlandaskan Islam..dan Islam yang sebenar sangat JAUH dari PARTI PAS..

Jika sebarang kejahatan terpalit kepada PAS and the geng PR.. Tok Guruh Pas mula lah membuat statmen yang benda tu semua boleh..ok saja..tidak ada salahnya..Islamkah Pas yang begitu? Lidah rasmi Pas pula tidak habis-habis memburukkan pemerintahan BN semuanya tidak kena.. Berwajah Islamkah Pas jika memburuk-burukkan pihak lain? Adakah Islam ada double standard macam parti PAS..?

Islamkah Pas jika menentang kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara (dalam perlembagaan),membina ekonomi Islam(Bank berunsurkan Islam), menubuhkan pusat pengajian Islam(UIA), Membina madrasah-madrasah untuk SAR(Bantuan Kerajaan) dan banyak lagi kalau nak disenaraikan berjela-jela.. Adakah Islam mahukan umatnya menentang kebaikkan dan menyokong kafirharbi seperti DAP??

Jika kita melihat dengan mata hati dan jiwa pasti kita sedar Pas hanya mendakwa Parti mereka adalah berlandaskan Islam tetapi hakikatnya sekarang perjuangan Pas bukanlah lagi berlandaskan Islam..tetapi nafsu untuk berkuasa..

Kata tok guru Pas kita boleh bersatu dengan siapa saja untuk kebaikkan..tetapi bagi penulis jika syaitan yang kita pilih maka nescaya jalan keNERAKAlah yang dipilihnya..kerana itu janjinya untuk keturunan Adam..

10 ulasan:

Tai berkata...

Itulah mereka. langsung tertutup hati.

Tanpa Nama berkata...

OTAI .... Siapa kata PAS Parti Syorga? Isya'Allah benar .... sebab tiada fahaman menyeleweng spt Hadhari. PAS niat tegakkan Hukum Allah SWT, menurut Al Quran & Hadith, Qisas sebagai panduan. UMNOlah yang menukar dari Semenanjung Tanah Melayu jadi Perlis Indera Kayangan (macam tempat sarang JinS. Sebab UMNO tu memang menyimpang dari Ugama Allah, tak perlu bersatu dgnnya. Dalam Kafir harbi hanya Karpal Singh seorg yg tolak HUDUD yg lain boleh terima. Kini Lim Kit Siang pun boleh terima HUDUD. Malulah kita org Islam tolak HUDUD termasuk Pok Loh. Dahlah OTAI saya rasa awak menghayati terjemahan Al Quran lagi baik, didalamnya itu pelbagai hukum Allah tersirat termasuk MURTAD, yg UMNO/BN tak mahu menangani. Berdosa kering yg Tuan Hj dapat hasil memberi sokongan pd UMNO (Untuk Melayu NO) Itu tak termasuk halalkan hasil melacur oleh Dr Masitah. Berapa banyak dosa org berzina tuan haji kendong kerana silap beri Undian pada BeeeEND. Semoga Allah menerima taubat org yg sesat. Usia 51 tahun adalah dekat kekubur, rumah dah mulai halau OTAI kekubur, rambut dah uban berterabur, mata pun dah kabur ..maka berundur lagi baik dari meneruskan kerja yg sia-sia dlm UMNO. Sebelum Malaikat Maut menarik nyawa OTAI ke halkum. Wassalam

singamaraja berkata...

Auuum!

Takbit memang di galakkan dalam islam bang, wa imma terlupapun kita di suruh bertakbir, abang jangan keliru tentang itu, tujuannya supaya menaikkan semangat atau mengingatkan diri supaya jangan terlajak

Mata Hati Jiwa berkata...

saudari singamaraja

Tidak pernah sya kata Takbir itu tidak boleh..apa yang di persoalan disini adalah tujuan laungan takbir itu di buat?.. adakah hanya untuk menghalalkan segala fitnah yang dibuat semasa berceramah..? adakah Pas ingin menyatakan inilah ajaran Islam yang sebenar.. bercakap putar belit, tabur fitnah segenap pelusuk kampung kemudian Takbir? Sesuaikah begitu???

Boleh saudari jelaskan????

Saya tidak kisah Pas hendak menabur berapa juta fitnah sekalipun tetapi kewajaran Pas Menggunakan takbir seolah-olah apa yang mereka buat itu selari dengan ajaran Islam..

amz fiteri berkata...

Assalamualaikum...
Islamkah Pas jika fitnah saja yang terhambur keluar dari mulut UlaRmak mereka. Islamkah Pas jika pemimpinya sendiri sering memihak kepada DAP yang 200% menentang Islam..??
....macam mana dengan UMNO fitnah bukan hanya di mulut pemimpin UMNO sahaja tetapi di dalam Akhbar dan Berita yang mereka kuasai.

Islamkah Pas sehingga dulu sanggup mengkafirkan orang UMNO?
.... yang menghangatkan isu kafirkan UMNO adalah org UMNO sendiri utk meraih simpati dan sokongan serta memburukkan imej PAS. lupakah ttg pemimpin tinggi UMNO menghina Nabi S.A.W dan Hukum ALLAH. menghina Nabi dan Hukum ALLAH = gugur akidah, gugur akidah = apa?? bukan islam la.

kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara (dalam perlembagaan)!!!
....diletakkan sebagai agama rasmi hanya untuk hiasan ke?? undang-undang islam takdijalankan malah dihina dulu oleh Tun Mahathir. lupa ke UMNO pernah menghalang bantuan ke SAR tetapi terus membantu SJKT dan SJKC, berhasrat nak hapuskan SAR.

UMNO juga bersekongkol dgn bukan islam.. MCA,MIC,PPP dan mcm2 lg.

A-I-B berkata...

Pemuda UMNO pun bertakbir bila mereka adakan demonstrasi untuk membela hak raja2. Tetapi takbir itu tak kena pada tempatnya. Orang bertakbir memuji keesaan dan kebesaran Allah tapi UMNO bertakbir memenuhi kehendak raja2. Lekeh punya parti.

A-I-B berkata...

Pemuda UMNO pun bertakbir bila mereka adakan demonstrasi untuk membela hak raja2. Tetapi takbir itu tak kena pada tempatnya. Orang bertakbir memuji keesaan dan kebesaran Allah tapi UMNO bertakbir memenuhi kehendak raja2. Lekeh punya parti.

Mata Hati Jiwa berkata...

Waa'laikumsalam..

Satriamuda, yang salah tetap salah, bagi saya Pas ada bt kesalahan, UMNO pun begitu, namun apa yang sya tekan kan disini adalah kewajaran PAS menggunakan Agama untuk kepentingan politik mereka..

Hingga kini PAS melaungkan parti yang ingin menegakkan agama Islam, Tidakkah UMNO jugak sedang menegakkan agama Islam.. di mana kita dengan jelas dan nyata melihat perkembangan Islam di negara ini, JQAF diperkenalkan di sekolah2 bagi memberi pendidikkan Islam dengan lebih tersusun dari mula..juta ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini.

kata anda

.... yang menghangatkan isu kafirkan UMNO adalah org UMNO sendiri utk meraih simpati dan sokongan serta memburukkan imej PAS. lupakah ttg pemimpin tinggi UMNO menghina Nabi S.A.W dan Hukum ALLAH. menghina Nabi dan Hukum ALLAH = gugur akidah, gugur akidah = apa?? bukan islam la.

sama juga dengan PAS yang meraih simpati rakyat dengan pelbagai dakyah..harap sdr satrimuda terima hakikat ini.

Seperti yang sya utarakan sebelum ini umpama kesalahan diseberang laut mereka nampak tapi kebaikkan di depan mata mereka butakan mata hati dan jiwa mereka untuk menilainya..
KAIN ORANG KOTOR CEPAT NAMPAK
KAIN SENDIRI DAH TERLONDEH PUN MASIH TIDAK SEDAR..

BERSAMA-SAMALAH KITA BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA..

UMNO PARTI PENJARA berkata...

PAS suka takbir je :-)











+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dino_yp@yahoo.com berkata...

Nabi ajar kita takbir waktu sembahyang. Takbir waktu dengar ceramah bukan cara nabi.