Sabtu, 27 Disember 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..
BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.
BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..
Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com

Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com

Rabu, 24 Disember 2008

NaFsu SyaiTan Perlukah dibunuh?

Bila memandang bayiku yang berusia 15 bulan mengalir air mata ini tanpa dipinta dengan mengenangkan apa yang terjadi pada bayi perempuan berusia 20 bulan..
Tergamaknya dua beranak sYaiTan merogol seorang bayi berusia 20 bulan. tidak dapat digambarkan perasan jika ia terjadi dikalangan saudara mara kita sedangkan mendengar berita mengenainya sudah cukup membuatkan kita rasa berempati pada mangsa..
Kepercayaan yang diberi oleh si ibu dibalas dengan perbuatan yang sangat kejam oleh keluarga pengasuh, bayi yang tidak mengerti dengan apa yang berlaku hanya mampu menagis dalam derita.. mengalirkan air mata meminta belas ehsan..namun si bernafsu syaitan tidak pedulikan itu semua..
Kejadian kejam begini bukanlah kali pertama ianya berlaku... Ianya telah berulang kali berlaku.. adakah ianya kerana hukuman yang dikenakan tidak berkesan??? @ sYaiTan ini perlu dijatuhi hukuman bunuh??? Rasanya hukuman bunuh pada pesalah begini mampu untuk mengekang dari kejadian serupa berulang lagi.....
kepada ibu bapa yang menghantar anak tersayang pada pengasuh berhati-hatilah memilih pengasuh, bak pepatah malang tidak berbau....

Isnin, 22 Disember 2008

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA

1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan

2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepualauan melayu yang berpusat di Melaka.... Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sabtu, 13 Disember 2008

Puisi BPN

Puisi BPN buat semua.
Salam perjuangan buat semua,
Dari kami di daerah maya,
Kami bersatu demi agama,
Kami bertemu demi bangsa
Kami bersama demi negara,
Kami berjuang dengan pena,


Satu suara kami,
Satu arah kami,
Satu akidah kami,
Satu matlamat kami,


Biar bertatih langkah kami,
Berundur kami tidak sekali,
Biar perlahan suara kami,
Beralah bukan sifat kami,
Biar sekuat manapun musuh kami,
Bertakwa dan istiqamah prinsip kami.


Wahai manusia....
Mengapa masih terus alpa?
Dibuai seribu fatamorgana khayalan...
Hingga sanggup melupakan Tuhanmu....
Hingga sanggup menderhakai kedua orang tua mu...
Hingga sanggup menghancurkan agama mu..
Hingga sanggup merosakkan bangsa mu..
Hingga sanggup menjual tanah tumpah darahmu..

Wahai manusia....
Apakah hanya untuk itu tujuanmu dihidupkan?
Apakah tiada sekelumit rasa kesyukuran kepadaNya...
Atas rahmat dan anugerahNya...
kamu dilahirkan...
Sebagai melayu yang beragama islam?
Atau hadirmu hanya satu kebetulan?

Bukan atas urusan Tuhan?

Atau….
Apakah kamu dilahirkan dibumi bertuah ini...

hanya satu kebetulan???
Mungkinkah jua agama,bangsa,
dan bumi tempatmu berpijak ini juga
hanyalah satu kebetulan...???


Wahai manusia...
Sesungguhnya kamu telah kufur nikmat Tuhan...

Kamu berjuang....
bukan demi Tuhan,
Kamu beramal.....
bukan demi Tuhan,
Kamu menulis….
bukan demi Tuhan..
Kamu bersuara…

bukan demi Tuhan.

Maka...
Jadilah kamu munafik yang bertopengkan islam
Tipu-dayamu mengalahkan syaitan
Akal-budimu menjijikkan...
Sahabatmu zionis dan syaitan..
Amal-ibadatmu hanya perhiasan...
Bahkan matimu nanti, tiada iman...
Wahai pemimpin yang sedang berjuang...

Waspada langkahmu jangan sonsang..
Gerak tarimu jangan sumbang,,
Akal ,takwa dan iman pandu kebaikan,
Nafsu,dunia dan syaitan pandu kehancuran..

Ayuh...
Bersihkan dirimu zahir dan batin Sucikan niat,
bulatkan tekad,
Marilah kita bersatu
Dibawah satu panji kebenaran..

Yang Haq pasti kan menang,
Yang bathil pasti kan kecundang...
Marilah kita bersedia Agar tidak tersungkur
sebelum berjuang...
Untuk membela syiar yang hilang!!!
Untuk Malaysia Darussalam.
Melayu kan gah di Nusantara.
Semoga terbilang ke akhir zaman.


Nukilan : Sangtawal Sakranta.(ahli biasa BPN)

Surat Terbuka Sang Tawal kepada Blogger Hina Agama kita
SURAT INI DISIARKAN SEBAGAI SOKONGAN KEPADA USAHA MURNI SANG TAWAL MENULIS SURAT TERBUKA KEPADA BLOGGER YANG HINA AGAMA KITA. DIHARAP AHLI BPN LAIN ATAU BUKAN AHLI TURUT SAMA MENYIARKANNYA...

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.Saudara se-negaraku surind Raj,Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.

Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan , gambar dan logo yang ada di blog anda itu.

Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.Kesimpulan saya,anda seorang yang agak berani,dengan menggunakan nama Surind Raj.Anda berani menyuarakan pendapat anda…anda bebas berhujah dengan akal anda.Namun anda perlu ingat..keberanian biarlah kena pada tempatnya…kebebasan media dan IT ini janganlah anda salahgunakan sehingga dengan kritikan anda itu boleh menjadi sumber perpecahan dan ketegangan kaum dan agama di negara ini.Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .

Setelah meneliti hujah dan beberapa artikel tulisan anda,sememangnya anda banyak berhujah menggunakan akal.Disinilah titik bermulanya perbezaan pendapat antara anda dan kebanyakan rakyat negara ini yang secara keseluruhannya hidup beragama dan mengamalkan gaya atau cara hidup yang selari dengan ajaran agama masing masing.Mungkin bagi anda ianya tidak salah.Ini adalah kerana anda sudah membebaskan diri anda sendiri dengan ikatan agama atau tuhan.Kemungkinan juga sekarang ini blog anda dijadikan medan tempat anda memperbaiki diri,ilmu perbandingan agama yang anda pelajari dan sememangnya blog anda telah menjadi kelas tutorial atau forum untuk anda menjadi lebih vokal dan berani untuk bersuara ! Namun anda sedikit bernasib baik kerana anda menulis dalam bahasa inggeris,dimana orang orang tertentu saja yang boleh memahaminya.jika anda menulis dalam bahasa Malaysia saya percaya sudah ramai umat islam melayu yang akan menyerang blog anda!Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik akal.Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk mendangkalkan pengertian murid tentang Tuhan didalam kelasnya…dialognya begini:
Guru :Apakah kalian dapat melihatku?
Murid: Ya,dapat!
Guru:Itu tandanya saya wujud.
Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?
Murid: Ya,kami melihatnya!
Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?
Murid:Ya,kami melihatnya!
Guru:Apakah kalian melihat Allah?
Murid :Tidak!
Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintarLalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula
Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?
Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..
Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!

Saudara surind,
Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya! Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!

Saudaraku Surind,
Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan hukum fizik atau hukum alam.Al-Quran adalah mukjizat atau keajaiban dunia yang perlu anda terokai wahai saudaraku Surind.Dengan kemudahan IT dan teknologi terkini anda bukannya susah untuk mencari Al-Quran digital dan bacalah makna atau isi Al-Quran itu moga moga anda beroleh cahaya yang terang dan kebenaran nya tidak boleh dipertikaikan lagi.Bacalah surind,Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia,bukan hak milik mutlak kami umat islam sahaja,ia adalah mukjizat.Dalam sejarah islam,hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai islam bila mendengar dan menghayati isi kandungannya yang dibacakan oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk islam.Anda kenal saidina Umar?dia adalah musuh utama nabi Muhammad,tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah pada hatinya,beliau memeluk islam dan menjadi sahabat nabi,malah menjadi khalifah islam yang kedua selepas Abu bakar untuk memperjuangkan Islam.

Kamu cubalah Surind,
moga moga hati anda menjadi tenang dan pintu hati anda terbuka untuk islam!Kebenaran Al-Quran adalah sepanjang zaman.Ilmu al-Quran cukup sempurna ,kerana ia adalah rujukan dan panduan hidup kami umat islam.Setelah anda mengerti berkaitan islam,menimba ilmu dari Al-Quran,ingin sekali saya mengajak anda untuk mengenali diri dan hati kita pula wahai Surind.Tahukah kamu hati atau Qalbu atau hati nurani itu adalah rahsia dalam rahsia seorang manusia itu.Alangkah ruginya kamu jika kamu tidak mahu mengenal hati kamu sendiri wahai Surind.Islam kuat kerana iman dan iman itu terletak dihati kami semua.Ada yang nilai imannya tinggi dan ada imannya bernilai rendah malah ada orang islam yang sanggup menggadai iman demi sedikit habuan dunia.Allah menilai segala amal perbuatan kita melalui setakat mana keikhlasan dan takwa kita yang tersembunyi didalam hati kita.Alam Qalbu adalah alam tertinggi yang mengalahkan sistem teknologi terkini dan hukum akal.

Percayalah Surind!
Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)

Saudaraku Surind Raj..
Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud “Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)

Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon Woman's College in Lynchburg, Virginia on October 23, 2006).Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..Cuba renungi lagi firman Allah ini… “Diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu dimana ia telah menjadi bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan pada waktu siang hari kamu berusaha mencari sebahagian dari Kurniaan-Nya”..(surah Ar-Ruum : 22-23)

Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!

Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )

Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan) Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah! Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )

Saudaraku surind,
Saya tidak menyalahkan anda sepenuhnya atas tulisan atau kritikan saudara.saya juga tidak menyalahkan saudara Mahaguru58 atas laporan polis yang dibuat keatas anda,mungkin dia mewakili suara umat islam secara umum,maka dia bertindak mengikut cara dia,cuma saya berjuang dengan cara saya yang tersendiri iaitu ingin mengajak semua insan mengenali islam,hidup dengan cara yang dianjurkan islam dan mengajak anda mengenal diri kita,siapa kita,dari mana kita,apa tujuan kita diciptakan dan kemana tujuan akhir hidup kita.Saya juga amat menyintai keamanan dan persaudaraan kerana itu saja kunci kebahagiaan hidup kita dalam sebuah negara majmuk berbilang agama,bangsa dan warna kulit ini.Buat apa kita bermusuhan kerana natijah permusuhan itu amat dasyat dan akan berpanjangan.Dendam kesumat akan berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang akan memusnahkan manusia , dunia dan segala isinya.Bukankah sejarah telah mengajar kita bahawa perbalahan dan permusuhan pertama manusia antara Habil dan Qabil membawa kepada pembunuhan pertama manusia,ia hanya berpunca dari sifat dengki dan dendam kerana merebut seorang wanita.Peristiwa ini juga berkisar kepada erti pengorbanan yang ikhlas dijalan Allah.

Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan rasul kami.Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir akidah dalam perjalannya menuju Allah.

Saudaraku Surind,
Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.

Surat terbuka kedua akan menyusul nanti menyentuh tentang kritikan anda berkaitan ketuanan melayu,racist,homoseksual,terrorism,sosialis,IFC dan pluralisme dan lain-lain.!
Terima kasih kerana sudi membaca!!!

petikan dari :http://sangtawal.blogspot.com/2008/12/surat-terbuka1-untuk-blogger-surind-raj.html

Isnin, 8 Disember 2008

Surind Si Kafir Laknat...

Betapa tercabarnya maruah Islam bila membaca blogger http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html yang begitu berani menghina Islam secara terang-terangan...
1. Segala komen oleh blogger-blogger lain yang mengutuk tindakkannya terus dianggap komen dari seorang Muslim yang berfikiran sempit dan semuanya tidak betul..malahan menganggap mereka sebagai musuh kepada orang bukan Islam..

2. Yang mendukacitakan sehingga ke saat ini belum ada sebarang tindakkan undang2 di ambil bagi menghalang si Surind kafir itu terus bermahajarela menghina agama Islam... betapa sedihnya berada di negara yang kalangan pemimpinya adalah berugama Islam tapi tiada tindakkan terhadap si kafir surind itu...

3. Adalah diharapkan semua ahli Blogger Pembela Negara bersatu hati untuk mengambil tindakkan yang sewajarnya demi menjaga kesucian Agama Islam.. Semoga Allah merestui kita ini untuk menghadapi situasi ini dengan jayanya..
p/s di mana ya pihak berkuasa negara ini????????????????

Jumaat, 5 Disember 2008


LAPORAN SIDANG KE 11/2008 BPN PADA 2 /12/ 2008
1. Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.2. Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.3. BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.Shahrezad http//sedarlahbangsaku198 6.blogspot. com akan menjadi wakil Melaka dan Farid http://pmukmkl0708. blogspot. com dilantik sebagai wakil Negeri SembilanFarid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…4. Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.5. Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.
Sidang tamat 10.44 malam
Disediakan oleh :
Panglime Perang Cyber
http://penembak- tepat.blogspot. com
p/s : minit ini lewat disiar kerana diedar dalam mailing list terlebih dahulu...Sila daftarkan diri mailing list BPN dengan segera bagi mendapatkan info terkini...
http://groups.yahoo.com/group/bloggerpembelanegara/
Posted by Panglima Perang Cyber at Wednesday, December 03, 2008 0 comments Links to this post
Labels:
Monday, December 1, 2008

UPDATE : LAPORAN SIDANG KE 10/2008 BPN PADA 1 /12/ 2008
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }


Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara
RESOLUSI
1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa
2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak
3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.

Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas...
4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ )
5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.
6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...
Sekian.
Disediakan oleh,
Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com 12.01 pagi 2 Disember 2008

Isnin, 1 Disember 2008

"Apabila Emosi Menguasai Jiwa"

Di akhir2 zaman ini, YB (Yang Berblog) tumbuh bagaikan kulat selepas banjir..

1. Perbagai rentak dipalukan..tidak kira yang benar atau hanya semata2 utk kepuasan diri.. dengan sekelip mata laman blog tercipta dan segala yg terbuku dihati dijadikan bahan santapan semua..tiada tapisan atau olahan..

2. Di sini sukalah saya ingin mengingati diri dan rakan2 blogger agar tidak mudah terpesong dengan emosi yang menguasai jiwa tiap kali berbicara di laman maya ini.. Adapun tercipta blog2 ini adalah demi kemudahan komukasi dan penyampaian maklumat...tempat utk kita bertukar2 pendapat dan memperjuangkan segala kebaikan untuk manusia sejagat..

3. Sikap insan yang berego tinggi perlulah dikikis dari lubuk hati agar apa yang kita sampaikan menjadi imput yang berguna untuk semua..bukan hanya caci maki ..andaian dan ramalan mengalahkan tok nujum..berpeganglah pada ajaran Agama Islam yang suci agar kita semua dirahmati olehNya..

4. Saya ingin memohon maaf sekiranya apa yg diperkatakan selama ini menyentuh peribadi sesiapa..tujuan saya hanyalah utk kebaikkan semua..

salam hormat dr...
Mata Hati Jiwa...