Khamis, 23 April 2009

GENDANG POLITIK SAKA

PELBAGAI ANDAIAN TELAH DIBUAT BERKAITAN DENGAN PERLETAKAN JAWATAN OLEH SI FAIRUS DARI PAKATAN REPUT...
BAGI SI ANWAR INILAH PELUANG MENUNJUKKAN BARISAN NASIONAL TIDAK BERUPAYA UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA KECIL..

DARI SUDUT PANDANG MEREKA YANG MUDAH TERPEDAYA PASTI INI MENJADI SATU RANSANGAN UNTUK MEREKA TERUS MENYERTAI PAKATAN REPUT..

SAKA YANG DIBELA OLEH ANWAR TIDAK MUDAH UNTUK BARISAN NASIONAL TUMPASKAN... DAP YANG MERUPAKAN KEPALA SAKA DAN TEAM EDORGAN DALAM PAS MENJADI BADAN SAKA YANG SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI MEMASTIKAN KEMENANGAN MILIK PAKATAN REPUT...

BARISAN NASIONAL KINI YANG DIKETUAI OLEH DS.NAJIB TELAH MULA MENGORAK LANGKAH DENGAN BERGAYA APABILA PELBAGAI PEMBAHARUAN DIJALANKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT MAHERAN...

SLOGAN 1MALAYSIA BUKAN OMONGAN KOSONG TAPI DI BUKTIKAN DENGAN PERLAKSANAAN.. SETELAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN RAKYAT JELATA HIDUP DENGAN LEBIH SELESA ADAKAH KITA AKAN TERUS BUTAKAN MATA HATI JIWA KITA UNTUK MENILAI KEBAIKKAN DALAM KERAJAAN BARISAN NASIONAL???


TAPI YANG PASTI SELAGI SAKA-SAKA FITNAH BELAAN ANWAR TERUS LIGAT MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT TIDAK KIRA SEBAIK MANA SEKALIPUN KERAJAN UMNO BN TETAP AKAN DIPANDANG SERONG OLEH FANATIK2 PENYOKONG PR...

AYUHLAH RAKAN2 BPN KITA TERUSKAN USAHA UNTUK MEMERANGI SEMUA SAKA-SAKA BELAAN ANWAR AGAR RAKYAT TIDAK TERTIPU LAGI...

WALAUPUN KERJA KITA SEMUA TIDAK DIBAYAR WALAUPUN SESEN NAMUN TANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN MALAYSIA PERLU KITA JALANKAN MALAH TIDAK DAPAT DINILAI OLEH WANG RINGGIT...

Khamis, 2 April 2009

TIPU DAYA PILIHANRAYA

DETIK KEMUNCAK PILIHAN RAYA DI 3 PRK KIAN MEMUNCAK...

PAKATAN RAKYAT @ PAKATAN REPUT MASIH DENGAN TAKTIK YANG SAMA DENGAN MENDENDANGKAN LAGU2 BERIRAMA KEPALSUAN BERLIRIKKAN FITNAH YANG TIADA KESUDAHAN....

SUDAH RAMAI YANG KENA NAMUN YANG BARU TETAP NAK MENYOKONG LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA.....

PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN BLOG2 PRO KERAJAAN KINI TELAH MEMATAHKAN SENJATA YANG DI ANGGAP AMPUH OLEH SI ANWAR AND THE GENG SEBELUM INI UNTUK MERACUNI MINDA RAKYAT DENGAN PELBAGAI TIPU DAYA, HINGGAKAN YANG CERDIK PANDAI PUN SUDAH SEPERTI L*MBU DICUCUK TALI...

PADA PARA PENGUNDI BUATLAH PILIHAN DENGAN BIJAK, SELIDIK DAHULU SEGALA KATA2 DARI KEDUA2 PIHAK..JANGANLAH DIBIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PUAK2 PAKATAN REPUT...

KITA BUKAN MEWARISI KEAMANAN HARI INI DARI IBU BAPA KITA TAPI KITA MEMINJAMNYA DARI ANAK2 KITA, SANGUPKAH KITA MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK2 KITA DENGAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT YANG JELAS DAN NYATA HANYA MEMENTINGKAN KUASA??????????????????

FIKIRLAH DENGAN MATA HATI DAN JIWA

Rabu, 25 Mac 2009

GELORA MINDA

Gelora politik bagaikan tiada apa yang mampu menghalanginya kini, di mana sahaja kedengaran dan dapat dilihat kelibat2 omongan politik..

Pemilihan UMNO yang sedang berjalan di PWTC bagaikan penentu titik tolak perubahan pada penyatuan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...

Para cendiakiawan negara menganggap inilah masa terbaik untuk perwakilan membersihkan pemimpin2 UMNO yang "sakit" dengan gejala rasuah yang membelenggu parti ini sekian lama..@ perwakilan sendiri akan meneruskan delegasi sistem makan suap ini????

Pihak pembangkang pula tidak habis dengan retorik-retorik politik yang kian dilihat memakan diri.. Setiap bait-bait kata tidak lekang dengan tomahan semata-mata..

Haruskah kita membiarkan gelora ini megumpan taufan melanda tanah air yang tercinta??? Masa depan anak cucu kita dimasa depan bergantung pada kewarasan setiap akal yang ada pada masa kini....

Jika nenek moyang kita dulu mampu menyediakan negara yang aman seperti yang sedia ada mengapa tidak kita juga mewariskan negara ini pada generasi akan datang dengan lebih sempurna????

Fikirlah dengan Mata Hati dan Jiwa yang tenang demi kebaikkan semua.....

Khamis, 5 Mac 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini


Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini
#fullpost{display:inline;}

Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia

1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia

2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri

3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.

4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian

5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm

Ahad, 22 Februari 2009

ISLAM KAH PAS???

TAKBIR...TAKBIR..TAKBIR...
Seringkali kita dengar laungan Suci bergema..tapi apakah tujuan takbir itu dilaungkan oleh pengikut-pengikut fanatik PAS nie?Untuk mencerminkan Pas itu Islam?
Adakah untuk meyakinkan bahawa Pas berjuang untuk agama Islam.. Islamkah Pas jika fitnah saja yang terhambur keluar dari mulut UlaRmak mereka. Islamkah Pas jika pemimpinya sendiri sering memihak kepada DAP yang 200% menentang Islam..

Islamkah Pas sehingga dulu sanggup mengkafirkan orang UMNO? Di mana dalil mengatakan Umno itu kafir??? Kalau begitu habislah tok-tok guru saya di kampung dimana kebanyakkan mereka orang UMNO..masyaAllah..itu kisah dulu, ingatkan sekarang dah berubah rupa-rupanya tidak..makin jelas bahawa Parti PAS bukanlah Parti yang berlandaskan Islam..dan Islam yang sebenar sangat JAUH dari PARTI PAS..

Jika sebarang kejahatan terpalit kepada PAS and the geng PR.. Tok Guruh Pas mula lah membuat statmen yang benda tu semua boleh..ok saja..tidak ada salahnya..Islamkah Pas yang begitu? Lidah rasmi Pas pula tidak habis-habis memburukkan pemerintahan BN semuanya tidak kena.. Berwajah Islamkah Pas jika memburuk-burukkan pihak lain? Adakah Islam ada double standard macam parti PAS..?

Islamkah Pas jika menentang kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara (dalam perlembagaan),membina ekonomi Islam(Bank berunsurkan Islam), menubuhkan pusat pengajian Islam(UIA), Membina madrasah-madrasah untuk SAR(Bantuan Kerajaan) dan banyak lagi kalau nak disenaraikan berjela-jela.. Adakah Islam mahukan umatnya menentang kebaikkan dan menyokong kafirharbi seperti DAP??

Jika kita melihat dengan mata hati dan jiwa pasti kita sedar Pas hanya mendakwa Parti mereka adalah berlandaskan Islam tetapi hakikatnya sekarang perjuangan Pas bukanlah lagi berlandaskan Islam..tetapi nafsu untuk berkuasa..

Kata tok guru Pas kita boleh bersatu dengan siapa saja untuk kebaikkan..tetapi bagi penulis jika syaitan yang kita pilih maka nescaya jalan keNERAKAlah yang dipilihnya..kerana itu janjinya untuk keturunan Adam..

Khamis, 19 Februari 2009

DuNgU Yang Tiada UbAtNya

Ada yang menganggap senario PR di Perak macam rancangan Raja Lawak.. ada yang derhaka kepada Sultan, malahan tak kurang fitnah dan tipu muslihat oleh PR demi satu hasrat untuk terus berkuasa..

Sekarang kecoh pula si speaker yang kurang cerdik serta cetek ilmu tipu muslihatnya cuba mengatasi kuasa sultan.. bak kata pepatah kalau akal setahap dengan lembu jangan kancil hendak ditipu.. Pelbagai usaha dirancang semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Umno Bn..betullah kalau si speaker ni masuk rancangan Raja Lawak sudah pasti menjadi Raja Lawak Bodoh...

Dikala kerajaan BN sibuk untuk memulihkan Malaysia kesan dari krisis ekonomi melanda dunia pihak PR pula tak habis-habis mengwujudkan situasi ketidaktentuan politik.. Mereka langsung tidak memikirkan kesan yang akan dihadapi rakyat mahean, yang penting tembolok mereka saja perlu di isi.. Adilkah semua ini untuk rakyat jelata?

Lebih kurang 80 ribu pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh Malaysia, ditambah dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh PR tidak mustahil ramai pelabur akan menutup operasi mereka di negar kita kerana ketidak stabilan politik yang PR wujudkan..Tidakkah ini satu tindakkan yang langsung tidak memikirkan nasib rakyat..Penyokong-penyokong tegar PR pula tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka adalah kalangan manusia tidak berguna belaka..

Memang ada kalangan pemimpin BN pun tidak melakukan tanggungjawab dengan sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah s.w.t dan para pemimpin BN lebih banyak yang baik dari yang buruk dan ianya tidaklah seteruk pemimpin-pemimpin PR yang langsung tidak berguna, yang hanya gila kuasa dan penuh dengan ciri-ciri munafik seperti kata salah seorang ahli parlimen bebas dari Kelantan..

Bukalah minda lihatlah dengan mata hati dan jiwa.....

Rabu, 11 Februari 2009

Adakah Fitnah Tidak Berdosa??????

Setelah sekian lama kita hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.. Hendak cari duit..ada dimana-mana asalkan rajin berusaha, mahu beramal ibadat tiada siapa akan menganggu, ingin bercuti? pergilah kemana saja asalkan berkemampuan..
Tetapi mengapa ini semua tidak cukup bagi kita? mengapa perlu ada rusuhan, kalau ketidakpuasan hati menjadi alasan, adakah kita masih belum bertamadun? Mengapa kita perlu turuti telunjuk manusia yang inginkan ketidak stabilan politik di dalam negara yang kita cintai ini. Tidak kira siapa pun yang memerintah pasti ada yang tidak berpuas hati. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Fitnah yang terang-terang membawa keburukkan kepada tamadun dunia tetap diamalkan. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan fitnah ada di antaranya berstatus tinggi dalam pengetahuan agama turut sama terlibat.
Tidak takutkah mereka semua ini dengan balasan yang Allah telah janjikan? Adakah hanya ingin memerintah di dunia sementara ini semua itu tidak perlu dipertimbangkan? Begitu banyak persoalan yang timbul dek kerakusan makhluk bernama manusia.
Pas yang dikata memperjuangkan Islam seolah-olah menghalalkan segala fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasminya Harakah, setiap kali membaca lidah rasmi Pas pasti ada saja berita panas yang tidak masuk akal. Begitu banyak hipotesis dan inferens tanpa penyelidikkan dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah selagi ianya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Siapakah yang akan bertanggungjawap terhadap segala fitnah yang ditaburkan, pasti ada. Yang amat mendukacitakan siapa yang begitu gemar membacanya dan mempercayainya? Lantas mengwujudkan perasangka buruk yang tiada titik noktahnya. Adakah ini yang kita mahukan dalam kehidupan kita?

Lihatlah dengan Mata,Hati dan Jiwa,
jangan biarkan emosi mengawal minda.
salam perpaduan buat semua,
Semoga kita dirahmati oleh Yang Maha Esa.