Gelora politik bagaikan tiada apa yang mampu menghalanginya kini, di mana sahaja kedengaran dan dapat dilihat kelibat2 omongan politik..
Pemilihan UMNO yang sedang berjalan di PWTC bagaikan penentu titik tolak perubahan pada penyatuan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...
Para cendiakiawan negara menganggap inilah masa terbaik untuk perwakilan membersihkan pemimpin2 UMNO yang "sakit" dengan gejala rasuah yang membelenggu parti ini sekian lama..@ perwakilan sendiri akan meneruskan delegasi sistem makan suap ini????
Pihak pembangkang pula tidak habis dengan retorik-retorik politik yang kian dilihat memakan diri.. Setiap bait-bait kata tidak lekang dengan tomahan semata-mata..
Haruskah kita membiarkan gelora ini megumpan taufan melanda tanah air yang tercinta??? Masa depan anak cucu kita dimasa depan bergantung pada kewarasan setiap akal yang ada pada masa kini....
Jika nenek moyang kita dulu mampu menyediakan negara yang aman seperti yang sedia ada mengapa tidak kita juga mewariskan negara ini pada generasi akan datang dengan lebih sempurna????
Fikirlah dengan Mata Hati dan Jiwa yang tenang demi kebaikkan semua.....
Rabu, 25 Mac 2009
GELORA MINDA
Khamis, 5 Mac 2009
Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini
Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini
#fullpost{display:inline;}
Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia
1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia
2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri
3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.
4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian
5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm
Ahad, 22 Februari 2009
ISLAM KAH PAS???
TAKBIR...TAKBIR..TAKBIR...
Seringkali kita dengar laungan Suci bergema..tapi apakah tujuan takbir itu dilaungkan oleh pengikut-pengikut fanatik PAS nie?Untuk mencerminkan Pas itu Islam?
Adakah untuk meyakinkan bahawa Pas berjuang untuk agama Islam.. Islamkah Pas jika fitnah saja yang terhambur keluar dari mulut UlaRmak mereka. Islamkah Pas jika pemimpinya sendiri sering memihak kepada DAP yang 200% menentang Islam..
Islamkah Pas sehingga dulu sanggup mengkafirkan orang UMNO? Di mana dalil mengatakan Umno itu kafir??? Kalau begitu habislah tok-tok guru saya di kampung dimana kebanyakkan mereka orang UMNO..masyaAllah..itu kisah dulu, ingatkan sekarang dah berubah rupa-rupanya tidak..makin jelas bahawa Parti PAS bukanlah Parti yang berlandaskan Islam..dan Islam yang sebenar sangat JAUH dari PARTI PAS..
Jika sebarang kejahatan terpalit kepada PAS and the geng PR.. Tok Guruh Pas mula lah membuat statmen yang benda tu semua boleh..ok saja..tidak ada salahnya..Islamkah Pas yang begitu? Lidah rasmi Pas pula tidak habis-habis memburukkan pemerintahan BN semuanya tidak kena.. Berwajah Islamkah Pas jika memburuk-burukkan pihak lain? Adakah Islam ada double standard macam parti PAS..?
Islamkah Pas jika menentang kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara (dalam perlembagaan),membina ekonomi Islam(Bank berunsurkan Islam), menubuhkan pusat pengajian Islam(UIA), Membina madrasah-madrasah untuk SAR(Bantuan Kerajaan) dan banyak lagi kalau nak disenaraikan berjela-jela.. Adakah Islam mahukan umatnya menentang kebaikkan dan menyokong kafirharbi seperti DAP??
Jika kita melihat dengan mata hati dan jiwa pasti kita sedar Pas hanya mendakwa Parti mereka adalah berlandaskan Islam tetapi hakikatnya sekarang perjuangan Pas bukanlah lagi berlandaskan Islam..tetapi nafsu untuk berkuasa..
Kata tok guru Pas kita boleh bersatu dengan siapa saja untuk kebaikkan..tetapi bagi penulis jika syaitan yang kita pilih maka nescaya jalan keNERAKAlah yang dipilihnya..kerana itu janjinya untuk keturunan Adam..
Khamis, 19 Februari 2009
DuNgU Yang Tiada UbAtNya
Ada yang menganggap senario PR di Perak macam rancangan Raja Lawak.. ada yang derhaka kepada Sultan, malahan tak kurang fitnah dan tipu muslihat oleh PR demi satu hasrat untuk terus berkuasa..
Sekarang kecoh pula si speaker yang kurang cerdik serta cetek ilmu tipu muslihatnya cuba mengatasi kuasa sultan.. bak kata pepatah kalau akal setahap dengan lembu jangan kancil hendak ditipu.. Pelbagai usaha dirancang semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Umno Bn..betullah kalau si speaker ni masuk rancangan Raja Lawak sudah pasti menjadi Raja Lawak Bodoh...
Dikala kerajaan BN sibuk untuk memulihkan Malaysia kesan dari krisis ekonomi melanda dunia pihak PR pula tak habis-habis mengwujudkan situasi ketidaktentuan politik.. Mereka langsung tidak memikirkan kesan yang akan dihadapi rakyat mahean, yang penting tembolok mereka saja perlu di isi.. Adilkah semua ini untuk rakyat jelata?
Lebih kurang 80 ribu pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh Malaysia, ditambah dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh PR tidak mustahil ramai pelabur akan menutup operasi mereka di negar kita kerana ketidak stabilan politik yang PR wujudkan..Tidakkah ini satu tindakkan yang langsung tidak memikirkan nasib rakyat..Penyokong-penyokong tegar PR pula tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka adalah kalangan manusia tidak berguna belaka..
Memang ada kalangan pemimpin BN pun tidak melakukan tanggungjawab dengan sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah s.w.t dan para pemimpin BN lebih banyak yang baik dari yang buruk dan ianya tidaklah seteruk pemimpin-pemimpin PR yang langsung tidak berguna, yang hanya gila kuasa dan penuh dengan ciri-ciri munafik seperti kata salah seorang ahli parlimen bebas dari Kelantan..
Bukalah minda lihatlah dengan mata hati dan jiwa.....
Rabu, 11 Februari 2009
Adakah Fitnah Tidak Berdosa??????
Setelah sekian lama kita hidup dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.. Hendak cari duit..ada dimana-mana asalkan rajin berusaha, mahu beramal ibadat tiada siapa akan menganggu, ingin bercuti? pergilah kemana saja asalkan berkemampuan..
Tetapi mengapa ini semua tidak cukup bagi kita? mengapa perlu ada rusuhan, kalau ketidakpuasan hati menjadi alasan, adakah kita masih belum bertamadun? Mengapa kita perlu turuti telunjuk manusia yang inginkan ketidak stabilan politik di dalam negara yang kita cintai ini. Tidak kira siapa pun yang memerintah pasti ada yang tidak berpuas hati. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Fitnah yang terang-terang membawa keburukkan kepada tamadun dunia tetap diamalkan. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan fitnah ada di antaranya berstatus tinggi dalam pengetahuan agama turut sama terlibat.
Tidak takutkah mereka semua ini dengan balasan yang Allah telah janjikan? Adakah hanya ingin memerintah di dunia sementara ini semua itu tidak perlu dipertimbangkan? Begitu banyak persoalan yang timbul dek kerakusan makhluk bernama manusia.
Pas yang dikata memperjuangkan Islam seolah-olah menghalalkan segala fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasminya Harakah, setiap kali membaca lidah rasmi Pas pasti ada saja berita panas yang tidak masuk akal. Begitu banyak hipotesis dan inferens tanpa penyelidikkan dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah selagi ianya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Siapakah yang akan bertanggungjawap terhadap segala fitnah yang ditaburkan, pasti ada. Yang amat mendukacitakan siapa yang begitu gemar membacanya dan mempercayainya? Lantas mengwujudkan perasangka buruk yang tiada titik noktahnya. Adakah ini yang kita mahukan dalam kehidupan kita?
Lihatlah dengan Mata,Hati dan Jiwa,
jangan biarkan emosi mengawal minda.
salam perpaduan buat semua,
Semoga kita dirahmati oleh Yang Maha Esa.
Selasa, 10 Februari 2009
Jawapan kepada Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak
PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah.
Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.Mengapa Nizar Harus Letak JawatanPerlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan.
Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.3 ADUN Sudah jumpa SultanAnwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah.
Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

