Bila memandang bayiku yang berusia 15 bulan mengalir air mata ini tanpa dipinta dengan mengenangkan apa yang terjadi pada bayi perempuan berusia 20 bulan..
Tergamaknya dua beranak sYaiTan merogol seorang bayi berusia 20 bulan. tidak dapat digambarkan perasan jika ia terjadi dikalangan saudara mara kita sedangkan mendengar berita mengenainya sudah cukup membuatkan kita rasa berempati pada mangsa..
Kepercayaan yang diberi oleh si ibu dibalas dengan perbuatan yang sangat kejam oleh keluarga pengasuh, bayi yang tidak mengerti dengan apa yang berlaku hanya mampu menagis dalam derita.. mengalirkan air mata meminta belas ehsan..namun si bernafsu syaitan tidak pedulikan itu semua..
Kejadian kejam begini bukanlah kali pertama ianya berlaku... Ianya telah berulang kali berlaku.. adakah ianya kerana hukuman yang dikenakan tidak berkesan??? @ sYaiTan ini perlu dijatuhi hukuman bunuh??? Rasanya hukuman bunuh pada pesalah begini mampu untuk mengekang dari kejadian serupa berulang lagi.....
kepada ibu bapa yang menghantar anak tersayang pada pengasuh berhati-hatilah memilih pengasuh, bak pepatah malang tidak berbau....
BN menang di Batang Air dengan majoriti 1,854 undi
15 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan