LAPORAN SIDANG KE 11/2008 BPN PADA 2 /12/ 2008
1. Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.2. Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.3. BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.Shahrezad http//sedarlahbangsaku198 6.blogspot. com akan menjadi wakil Melaka dan Farid http://pmukmkl0708. blogspot. com dilantik sebagai wakil Negeri SembilanFarid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…4. Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.5. Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.
Sidang tamat 10.44 malam
Disediakan oleh :
Panglime Perang Cyber
http://penembak- tepat.blogspot. com
p/s : minit ini lewat disiar kerana diedar dalam mailing list terlebih dahulu...Sila daftarkan diri mailing list BPN dengan segera bagi mendapatkan info terkini...
http://groups.yahoo.com/group/bloggerpembelanegara/
Posted by Panglima Perang Cyber at Wednesday, December 03, 2008 0 comments Links to this post
Labels: LAPORAN SIDANG
Monday, December 1, 2008
UPDATE : LAPORAN SIDANG KE 10/2008 BPN PADA 1 /12/ 2008
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara
RESOLUSI
1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa
2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak
3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.
Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas...
4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ )
5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.
6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...
Sekian.
Disediakan oleh,
Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com 12.01 pagi 2 Disember 2008
BN menang di Batang Air dengan majoriti 1,854 undi
15 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan