Segenap lapisan masyarakat akan berbicara dan terus berbicara tentang politik di negara ini,
Namun berapa keratkah diantara insan-insan ini melihat sesuatu perkara itu dengan mata hati dan jiwa....
Baik di pihak yang dah memerintah 50 tahun, mahu pun barisan pakatan rakyat, dilihat secara kasar semua pihak hendak melakukkan perkara yang terbaik untuk rakyat negara bertuah ini.
tapi bila diperhalusi semua pihak ada kepentingan tersendiri.
Pemimpin kita pada hari ini bukanlah setaraf kalifah pada masa lalu, jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Kalaulah anda seorang menteri yang berkuasa, pasti yang pertama anda lakukan adalah membela mereka yang terdekat dengan anda terlebih dahulu=adik beradik-sepupu sepapat-tok nek-sedara mara dan yang berkaitan dengan anda..
begitulah yang berlaku di arena politik kita pada zaman penghujung hayat dunia ini.
Kita sebagai manusia sering kali suka kepada yang berbuat baik pada kita, tiada sekerat insan pun yang suka orang berbuat jahat pada kita...
Lazimnya masyarakat kita sering membuat kenyataan yang sensasi dan berbaur fitnah, tidak ramai yang suka kepada kenyataan yang berbentuk ilmiah.. kenapa ya?
Pernahkah @ seringkah kita guna mata hati dan jiwa?
BN menang di Batang Air dengan majoriti 1,854 undi
15 tahun yang lalu
1 ulasan:
Yang mustahaknya ialah iman,ilmu dan amal, kebenaran dan keikhlasan.
Kalau sekadar berilmu/ilmiah tetapi hati budi yang jahat samalah dengan Yahudi atau Bush.
Allah akan nilaikan iman, amal, kebenaran dan keikhlasan kita.
Hal demikian wajib ada pada semua aspek: beragama, berpolitik, berekonomi, bersosial, berbudaya dsb,dsbnya.
Selagi tiada sifat2 itu selagi itulah manusia mendapat keparat dan kifarat bukan rahmat dan berkat.
Catat Ulasan