Khamis, 26 April 2012

Fitnah Vs Kebenaran.

Sudah hampir setahun jari jemari ini tidak menaip disini.. macam-macam sudah berlaku sejak setahun yang lalu.. Namun pergolakan atmosfera PRU13 makin terasa.. Persoalan yang timbul apabila menjelangnya PRU13 adakah berita-berita diblog2 ini sekadar fitnah semata-mata atau kebenaran... Adakah semua orang akan menyiasat segala maklumat yang diterima terutama yang menyebelahi pihaknya??? Pengundi pada masa kini dikatakan pengundi yang bijak..namun saya percaya masih terdapat golongan yang mudah terpedaya dengan dakyah atau fitnah.. berbaloikah si pembuat fitnah itu membuat fitnah?? Jika fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh tidak dihiraukan bagai mana kita boleh mengatakan pengundi sekarang sudah bijak kerana pemfitnah itu juga pengundi... Sekarang dunia yang dipenuhi dengan kecangihan..semua maklumat berada dihujung jari dan ditelapak tangan.. tapi adakah kita benar2 menggunakan kemudahan yang ada untuk mencari kebenaran.. Sanggupkah kita menerima kebenaran jika kebenaran itu tidak menyebelahi pihak kita.. EGO..sifat semula jadi..yang lahir untuk memenuhi keperluan hidup manusia..namun sayang tidak ramai yang mampu mengawal EGO masing2.. Demi EGO kebenaran bukan lagi pilihan.. Demi EGO fitnah menjadi panduan... Bukalah Mata Hati dan Jiwa anda untuk mengawal EGO demi satu kebenaran...

2 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mata Hati Jiwa berkata...

Maaf komen lucah anda telah dibuang